TAAT Foundation · Sejak 2010

Berlumba-lumba dalam membuat kebajikan.

Menyantuni anak yatim dan golongan asnaf menerusi kebajikan, pendidikan dan perpaduan. Yayasan TAAT membina kompleks anak yatim, asrama tahfiz dan program kebajikan untuk golongan yang memerlukan.

Hulur Sumbangan Terokai Projek Kami

Berlumba-lumbalah kamu untuk membuat kebajikan. (Surah Al-Baqarah 148)

Tentang Kami

Patuh, setia dan bersatu dalam kebajikan.

TAAT dari bahasa Arab bermaksud patuh, mengikut, tidak membantah dan tetap setia dalam menjalankan urusan kebajikan yang membawa kepada perpaduan.

Kompleks anak yatim

Menubuhkan kompleks anak yatim yang menyediakan tempat berteduh terbaik serta amalan pengurusan anak yatim yang bersungguh-sungguh.

Bantuan golongan kurang bernasib baik

Menyediakan bantuan kewangan dan berkaitan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik tanpa mengira agama, bangsa atau kepercayaan.

Program kebajikan & belia

Mengendali dan menyertai program kebajikan, pendidikan, alam sekitar dan kebudayaan, terutamanya untuk generasi muda.

Selidik kisah & kepimpinan kami →

Projek Pembangunan

Tiga kompleks untuk masa depan anak-anak.

Semua projek →
Kompleks Anak Yatim, Labu
Perancangan RM3.5 juta (Fasa 1)

Kompleks Anak Yatim, Labu

Labu, Negeri Sembilan

Kompleks anak yatim bersepadu dibina dalam 3 fasa. Fasa pertama merangkumi infrastruktur asas dan blok asrama 3 tingkat berserta surau dan kawasan permainan.

Kapasiti: 150 anak yatim Lihat →
Asrama Pelajar Baitul Arshad, Rembau
Dalam pembinaan RM1.6 juta (Fasa 1)

Asrama Pelajar Baitul Arshad, Rembau

Kampung Tanjung Tanah Datar, Ulu Gadong, Rembau, Negeri Sembilan

Sebahagian daripada Kompleks Warisan Lanjung di tapak tanah pusaka bersejarah. Menempatkan pelajar tahfiz al-Quran di bawah jagaan seorang mudir, berdekatan Surau Hj Sulong yang dibina pada 1917.

Kapasiti: 50 pelajar tahfiz Lihat →
Kompleks Maahad Tahfiz, Nilai
Perancangan RM1.6 juta (Fasa 1)

Kompleks Maahad Tahfiz, Nilai

Nilai, Negeri Sembilan

Kompleks maahad tahfiz dibina dalam 2 fasa, lengkap dengan kemudahan pembelajaran dan aktiviti keusahawanan seperti perusahaan lebah madu dan cendawan.

Kapasiti: 50 pelajar Lihat →
Aktiviti

Kebajikan sepanjang tahun.

Semua aktiviti →
Jelajah Ramadhan

Jelajah Ramadhan

Agihan Hadiah Ramadhan kepada kumpulan sasar merentasi beberapa negeri.

Majlis Menyantuni Anak Yatim

Majlis Menyantuni Anak Yatim

Program santunan dan sumbangan untuk anak-anak yatim.

Ibadah Korban

Ibadah Korban

Pelaksanaan ibadah korban di tapak Labu dan lokasi komuniti.

ECO-VT

ECO-VT

Program kesedaran alam sekitar dan aktiviti kelestarian komuniti.

Bengkel Pembaikan

Bengkel Pembaikan

Bengkel pembaikan elektronik dan kemahiran untuk belia.

Program Seni & Pendidikan

Program Seni & Pendidikan

Aktiviti seni dan pembelajaran untuk kanak-kanak dan komuniti.

Arkib

Lebih satu dekad kebajikan.

63 program terdokumentasi sejak 2009, dalam lebih 2,636 foto.

Lihat arkib penuh →
Perasmian Pecah Tanah - Tahfiz di Rahmahtul Mardhiah (YT), Gadong Negeri Sembilan Pada Tanggal 18 Syawal 1439H Bersamaan 2hb Julai 2018 Majlis Qurban Yayasan TAAT Di Kota Negeri Sembilan 2016 Persediaan Tempat Dan Kemudahan Untuk Majlis Qurban 2015 Anjuran Yayasan TAAT Sumbangan Kepada Madrasah Tahfiz Baitul Aini, Kuang, Selangor Majlis Iftar Bersama Anak-Anak Yatim Di d'One Cafe 2013 Majlis Pecah Tanah Tapak Kompleks Anak Yatim Yayasan Taat Di Labu Negeri Sembilan

Setiap sumbangan membina harapan.

Menyantuni anak yatim dan golongan asnaf menerusi kebajikan, pendidikan dan perpaduan.

Hulur Sumbangan Hubungi Kami