Kompleks Maahad Tahfiz, Nilai
Status
Perancangan
Anggaran Kos
RM1.6 juta (Fasa 1)
Kapasiti
50 pelajar

Kompleks maahad tahfiz dibina dalam 2 fasa, lengkap dengan kemudahan pembelajaran dan aktiviti keusahawanan seperti perusahaan lebah madu dan cendawan.

Pembangunan ini dilaksanakan dalam 2 fasa. Pada fasa pertama, semua infrastruktur asas dan asrama 2 tingkat untuk menempatkan 50 pelajar dibina, berserta kemudahan seperti surau, pejabat, kediaman staf dan kawasan permainan.

Fasa kedua merangkumi dewan serbaguna, ruang belajar dan bengkel pertukangan. Jumlah anggaran kos pembinaan Fasa 1 ialah RM1.6 juta dan tertakluk kepada harga pasaran semasa.

Skop pembangunan

  • Asrama 2 tingkat untuk 50 pelajar
  • Surau, pejabat dan kediaman staf
  • Padang futsal dan kawasan permainan
  • Perusahaan lebah madu dan cendawan

Setiap sumbangan membina harapan.

Menyantuni anak yatim dan golongan asnaf menerusi kebajikan, pendidikan dan perpaduan.

Hulur Sumbangan Hubungi Kami