Asrama Pelajar Baitul Arshad, Rembau
Status
Dalam pembinaan
Anggaran Kos
RM1.6 juta (Fasa 1)
Kapasiti
50 pelajar tahfiz

Sebahagian daripada Kompleks Warisan Lanjung di tapak tanah pusaka bersejarah. Menempatkan pelajar tahfiz al-Quran di bawah jagaan seorang mudir, berdekatan Surau Hj Sulong yang dibina pada 1917.

Projek pembinaan bangunan tambahan Rumah Warisan Rahmah dilaksanakan secara berperingkat di tapak tanah pusaka bersejarah ini. Bangunan dua tingkat ini menempatkan pelajar tahfiz di bawah jagaan seorang mudir sebagai persiapan ke arah pengajaran tahfiz al-Quran.

Keseluruhan kompleks merangkumi dua buah rumah warisan dan sebuah surau lama yang dibina pada tahun 1917, dinamakan Surau Hj Sulong sempena Undang Rembau ke-17. Gabungan semua bangunan ini dinamakan Kompleks Warisan Lanjung sempena nama nenda pemilik rumah-rumah warisan tersebut.

Skop pembangunan

  • Blok asrama 2 tingkat untuk 50 pelajar
  • Pusat pengajian tahfiz al-Quran
  • Pemuliharaan 2 rumah warisan dan Surau Hj Sulong
  • Pusat ibadah dan aktiviti komuniti

Setiap sumbangan membina harapan.

Menyantuni anak yatim dan golongan asnaf menerusi kebajikan, pendidikan dan perpaduan.

Hulur Sumbangan Hubungi Kami