TAAT dari bahasa Arab bermaksud patuh, mengikut, tidak membantah dan tetap setia dalam menjalankan urusan kebajikan yang membawa kepada perpaduan.
Yayasan TAAT adalah sebuah organisasi kebajikan dan perpaduan umah Islam, seperti yang diseru oleh firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah 148 yang bermaksud berlumba-lumbalah kamu untuk membuat kebajikan.
Yayasan TAAT ditubuhkan untuk mengingati jasa dan khidmat dua keluarga pengasas. Yang pertama keluarga arwah Tengku Tan Sri Ismail bin Tengku Yahya, mantan Menteri Besar Kedah, dan yang kedua keluarga Haji Abu Bakar dan Hajjah Lanjung dari Kampung Tanjung Tanah Datar, Rembau, Negeri Sembilan.
Usaha ini merupakan kesinambungan jasa baik mereka kepada masyarakat, yang kini dilaksanakan oleh keturunan mereka menerusi amal Yayasan TAAT, terutama untuk anak-anak yatim dan golongan fakir miskin serta bantuan kepada mangsa bencana alam.
Kami adalah organisasi kebajikan yang mempunyai misi sosial, alam sekitar, pendidikan dan kebudayaan.
Kami mempunyai visi ke arah pembangunan yang stabil dari aspek alam sekitar, ekonomi dan sosial. Ini dicapai menerusi satu proses rekabentuk yang menjurus kepada kebajikan, juga menyediakan infrastruktur yang menyokong ekuiti sosial, kekuatan komuniti dan tanggungjawab sosial.
Menubuhkan kompleks anak yatim yang menyediakan tempat berteduh terbaik serta amalan pengurusan anak yatim yang bersungguh-sungguh.
Menyediakan bantuan kewangan dan berkaitan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik tanpa mengira agama, bangsa atau kepercayaan.
Mengendali dan menyertai program kebajikan, pendidikan, alam sekitar dan kebudayaan, terutamanya untuk generasi muda.
Group Managing Director TAHB. Cucu kepada arwah Tengku Tan Sri Ismail bin Tengku Yahya, mantan Menteri Besar Kedah.
MPhil Seni Bina, Oxford Brookes University. Waris keluarga Haji Abu Bakar dan Hajjah Lanjung, Kampung Tanjung Tanah Datar, Rembau.
Diploma Seni Bina ITM (1988), Ijazah Seni Bina University of Hull, UK (1992). Group Managing Director TAHB.
Sarjana Falsafah Seni Bina, Oxford Brookes. Ahli Institut Pereka Dalaman Malaysia (IPDM). Group Managing Director TAHB.
Bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak (2001-2003) dan Penasihat Khas Ketua Menteri Sarawak. Pengarah Bebas Sime Darby Properties.
Akauntan bertauliah. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor. Dilantik ke Lembaga pada 2021.
Bekas Pengarah Bomba Negeri Selangor. Dilantik ke Lembaga pada 2022.
Menyantuni anak yatim dan golongan asnaf menerusi kebajikan, pendidikan dan perpaduan.