PENGHARGAAN

MAJLIS KORBAN SEMPENA EIDUL ADHA 1437H ANJURAN BERSAMA Y.T DAN KELUARGA ARWAH MAKCIK PADA HARI SELASA

11 ZULHIJJAH BERSAMAAN 13 SEPT.‘16 BERTEMPAT DI PEKAN KOTA, DAERAH REMBAU 71350 N.S

As-salāmu’alaikum wbt,

Dengan rasa penuh kesyukuran dan limpah kurnia dariNya, kami ( Ramzia dan Zainol ) mewakili Yayasan TAAT khususnya mengucapkan Ahamdulillah, ‘Jaza-Kumullah Khairan Katsiraa’ kepada seluruh keluarga arwah Makcik terutamanya kepada Anuar dan Fadla berserta keluarga yg sudi menyediakan tempat yg begitu selesa dan indah dan juga Abg Silan serta keluarga yang telah bertungkus lumus siang dan malam didalam penyediaan majlis beberapa hari sebelum dan sehinggalah majlis selesai dengan penuh keselesaan dan kesempurnaanNya.

Di samping itu, tidak di lupakan juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En Ramlus dan keluarga yang mengetuai bahagian masakan dan hidangan yang begitu enak sekali dan menyelerakan berserta sumbangan tenaga dari orang-orang Kampong Gadong dan Kota.

Begitu juga kepada Imam Masjid Kg Gadong iaitu En Muzammil di dalam tugas penyembelihan haiwan korban dan kumpulannya yang begitu cekap menjalankan tugas mereka dengan sempurna.

Kepada para jemputan, kesudian tuan-tuan dan puan-puan menghadiri jemputan kami baik dari jauh dan dekat amat-amatlah dihargai, juga di ucapkan terima kasih jua.

Cantiknyo bughong cendoghowasih

Toghobang sokawan di haghi potang

Kami sumo ucapkan toghimo kasih

Kopado tuan puan yang sudi datang

Akhirnya kami berharaplah agar semangat kerjasama dan gotong royong dan aktiviti korban ini akan berterusan di masa hadapan, in syà Allah.

Kalu ado sumur di ladang

Boleh kito monompang mandi

Kok samo samo umo kito panjang

Bulih kito jumpo laei

Sekian, Wassallam

Memaparkan 12 daripada 262 foto majlis ini.

Setiap sumbangan membina harapan.

Menyantuni anak yatim dan golongan asnaf menerusi kebajikan, pendidikan dan perpaduan.

Hulur Sumbangan Hubungi Kami