Assalamu’alaikum

warahmatullahwabarakatuh:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dengan rasa penuh

kesyukuran dan limpah kurnia dariNya, kami ( Ramzia dan Zainol ) mewakili

Yayasan TAAT khususnya mengucapkan Ahamdulillah, ‘Jaza-Kumullah Khairan

Katsiraa’ kepada seluruh keluarga arwah Makcik terutamanya kepada Anwar dan

Fadzlun berserta keluarga yg sudi menyediakan tempat yg begitu selesa dan juga

Abg Silan serta keluarga dan sanak saudara yang telah bertungkus lumus siang

dan malam di dalam penyediaan sehinggalah majlis selesai dengan penuh keselesaan

dan sempurna nya.

Di samping itu, tidak

di lupakan juga ucapan terima kasih kepada En Ramlos bin Mohd Nor dan keluarga

yang mengetuai bahagian masakan dan hidangan berserta sumbangan tenaga dari

orang-orang Kampong Gadong dan Kota.Tidak di lupakan juga kepada Tn Hj Kamaruzaman bin Budin ( pemilik  Pusat Penyembelihan Syarikat Hj Budin Pedas NS ) dan juga kepada En. Badaruzzaman bin Hj Kamaruzaman yang telah melakukan penyembelihan hewan untuk korban dan aqiqah.

Kepada para jemputan

juga diucapkan terima kasih yang tidak terhingga terutamanya Kepada Y.B Sahibul

Samahah Dato’ Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad ( Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

), yang telah sudi hadir untuk memeriahkan dan memberkati majlis, Y.Bhg Laksamana Madya (B) Datuk Abd Hadi bin Rashid  ( Pemegang Amanah

Yayasan TAAT ), Tn Hj Shafie bin Hj Arshad berserta keluarga dan juga kepada

seluruh kenalan, keluarga dan sanak saudara  yang datang dari jauh dan

dekat.

Akhirnya kami

berharaplah agar semangat kerjasama dan gotong-royong yang sebegini akan dapat

diteruskan dari masa ke semasa.. in syà Allah.

Ado nangko berbuah di ladang,

Bilo masak berbau wangi,

Kok ado umur panjang,

Tahun dopan berjumpo lagi..

Sekian, Wassallam

UPACARA KORBAN 1 ( PUSAT PENYEMBELIHAN SYARIKAT HAJI BUDIN PEDAS NS)

UPACARA KORBAN 2

PROSES MELAPAH

MASAK

AGIHAN DAGING QURBAN DAN SUMBANGAN

JAMUAN MAKAN

Memaparkan 12 daripada 200 foto majlis ini.

Setiap sumbangan membina harapan.

Menyantuni anak yatim dan golongan asnaf menerusi kebajikan, pendidikan dan perpaduan.

Hulur Sumbangan Hubungi Kami