PENGHARGAAN                                                                                                              14hb Jun 2017

Assalamu’alaikum warahmatullahwabarakatuh

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

MAJLIS IFTAR SEMPENA NUZUL AL QURAN 16 RAMADHAN 1438H BERTEMPAT DI BANGSAR, KUALA LUMPUR.

Dengan rasa rendah diri dan penuh kesyukuran serta limpah kurnia dariNya, kami yang mewakili Yayasan Taat khususnya mengucapkan Alhamdulillah,    جَزَا كم الله خَيْرًا كَثِيْرًا

“Jaza-Kamallah Khairan Katsiiraa”  kepada semua hadirin yang datang dari jauh dan dekat iaitu dari Madrasah Nurul Quran Tuanku Jaafar, Seri Menanti, Rumah Tunas Harapan Seri Sejahtera Seri Menanti, NS dan Maahad Tahfiz Padang Balang Gombak dan juga Staf-staf YT.

Dan tidak lupa juga kepada Pn Hjh Juzuhayati bt Hj Arshad, Tn Hj Ridhuan Hj Arshad, Dato’ Adam Bin Bachek serta kawan-kawan dan sanak saudara yang datang dari jauh dan dekat yg turut serta memberikan sumbangan dengan iringan doa semoga kalian di berkati dan di rahmati Allah serta ucapan terima kasih jua.

Di atas kehadiran para tetamu yang di muliakan lagi dihormati ini, maka majlis kami telah terisi penuh kesempurnaan dengan keizinan dariNya jua.

Akhirnya kami berharaplah agar dapat kita di pertemukan semula di masa-masa akan datang, in sya Allah. Kami juga memohon ampun dan maaf diatas segala kekurangan”.

“Pohon selasih di dalam kolam

Anak haruan berenang-renang

Terima kasih kami ucapkan

Budi tuan menjadi kenangan”

Sekian, wassallam

Dari,

RAMZIA dan ZAINOL

KETIBAAN PARA JEMPUTAN

BACAAN DOA SELAMAT

BERBUKA PUASA

TARAWIKH

PENYAMPAIAN SUMBANGAN

MOREH

Memaparkan 12 daripada 123 foto majlis ini.

Setiap sumbangan membina harapan.

Menyantuni anak yatim dan golongan asnaf menerusi kebajikan, pendidikan dan perpaduan.

Hulur Sumbangan Hubungi Kami